Sunday, August 8, 2010

Cara-cara Aktifkan Maybank2u


1.Pastikan anda mempunyai akaun Maybank.
2.Sebelum mengaktifkan Maybank2u anda perlu membuat pendaftaran di mesin ATM Maybank.

  • Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS ALERTS pada menu utama di mesin ATM.
  • Pilih menu DAFTAR TAC TEL BIMBIT pada menu Urusniaga.
  • Masukkan nombor telefon bimbit dan pilih YA.
  • Kemudian, pilih PIN LALUAN MAYBANK2U pada menu Urusniaga.
  • Masukkan nombor pin/kata laluan anda. Proses pendaftaran selesai.  

3.Setelah selesai pendaftaran di ATM, anda perlu melayari laman web Maybank2u.

  • Laman utama akan dipaparkan. Klik Login pada bahagian atas di sebelah kanan.
  • Klik pada 'first time log-in please click here'.
  • Paparan 'Terms & Conditions' dipaparkan. Klik Accept.
  • Masukkan Access Number dan Pin anda.
  • Kemudian pilih 'USERNAME' dan 'PASSWORD' yang anda mahu gunakan untuk mengakses akaun Maybank2u anda.
  • Setelah selesai anda boleh mengakses akaun Maybank2u anda menggunakan 'Username' dan 'Password' anda.
                                       *KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS*









No comments:

Post a Comment