Friday, August 20, 2010

Pengenalan kepada InstaTrader dan 8 Indicator.

1.Klik ikon InstaTrader pada Pc anda.
2.Di bahagian 'MENU BAR' klik File>New Chart>EURUSD.
3.Satu graf akan dipaparkan. Klik kanan pada tetikus dan pilih grid. Garisan grid pada graf akan hilang.
4.Tukarkan graf kepada 'Candlesticks'. Pilih menu Zoom untuk paparan lebih jelas.
5.Kemudian klik kanan pada tetikus dan pilih 'Properties'. Tukar warna> Klik Ok.

    **WARNA** 
      BULL Candle = Hijau
      BEAR Candle =Merah
         

                             
6.Tetapkan indicator.

Sebelum menetapkan indicator, 'copy' indicator yang terdapat dalam cd.  Cari fail Tugasan > Bab Forex > Indicator. Kemudian klik kanan pada ikon InstaTrader > Properties > Open File Location > Experts > Indicator.  Sila 'paste' indicator pada fail Indicator.

LAPAN INDICATOR
  • PERTAMA: Insert>Trend>Moving Average>Parameters.Tetapkan 'Period' = 7, 'Shif '= 5, 'MA Method' = Simple,  'Apply to' = Close> Klik Ok.


  • KEDUA: Ulang langkah pertama.Tetapi tetapan untuk parameter indicator kedua adalah 'Period' = 13, 'Shif '= 0, 'MA Method' = Linear Weighted,  'Apply to' = Typical Price (HLC/3)> 'Style' = Red>Klik Ok.

  • KETIGA: Lihat tetingkap navigator pada sebelah kiri.Klik Custom Indicator > Double-clik pada BrainTrend1Sig > Edit Color,Width dan Style jika perlu > Klik Ok.

  • KEEMPAT: Ulang langkah seperti langkah ketiga tetapi pada kali ini pilih BrainTrend2Sig.

  • KELIMA: Double-click MACD2 di Custom Indicator.Edit warna yang di inginkan pada menu Color. Selepas itu, pada menu Levels > Klik Add > Masukkan nilai 0.0 >Klik Ok.



  • KEENAM: Ulang langkah seperti langkah kelima tetapi pada kali ini pilih  MACDColoredv102.

  • KETUJUH: Double-click GMACD_Signal di Custom Indicator. Pada tetingkap Custom-Indicator-GMACD_Signal klik 'Allow external expert import' yang terdapat pada menu Common > Klik Ok.




  • KELAPAN: Double-click RSI di Custom Indicator. Pada menu Input setkan 'Value' = 7 pada RSIPeriod. Edit warna pada menu Color jika perlu. Pada menu Levels klik Add > Masukkan Level = 70. Klik Add lagi dam masukkan pula 60,40 dan 20. Kemudian klik Ok.




Kelapan indicator selesai dimasukkan ke dalam Forex.Hasilnya;



 



 *KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS*

Sunday, August 8, 2010

Cara-cara Aktifkan Maybank2u


1.Pastikan anda mempunyai akaun Maybank.
2.Sebelum mengaktifkan Maybank2u anda perlu membuat pendaftaran di mesin ATM Maybank.

  • Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS ALERTS pada menu utama di mesin ATM.
  • Pilih menu DAFTAR TAC TEL BIMBIT pada menu Urusniaga.
  • Masukkan nombor telefon bimbit dan pilih YA.
  • Kemudian, pilih PIN LALUAN MAYBANK2U pada menu Urusniaga.
  • Masukkan nombor pin/kata laluan anda. Proses pendaftaran selesai.  

3.Setelah selesai pendaftaran di ATM, anda perlu melayari laman web Maybank2u.

  • Laman utama akan dipaparkan. Klik Login pada bahagian atas di sebelah kanan.
  • Klik pada 'first time log-in please click here'.
  • Paparan 'Terms & Conditions' dipaparkan. Klik Accept.
  • Masukkan Access Number dan Pin anda.
  • Kemudian pilih 'USERNAME' dan 'PASSWORD' yang anda mahu gunakan untuk mengakses akaun Maybank2u anda.
  • Setelah selesai anda boleh mengakses akaun Maybank2u anda menggunakan 'Username' dan 'Password' anda.
                                       *KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS*